TAJUK : GURU SASARAN LEPAS GERAM
1.0 PENGENALAN
Profesion perguruan atau bekerja sebagai
guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Menurut Kamus Dewan (1996) guru bermaksud pendidik,
pengajar dan pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor, pelakon,
pengadil, polis, hakim, jururawat, penulis, pekerja sosial, setiausaha dan
lain- lain. Guru- guru perlu cekap memberi kebebasan kepada pelajar dalam
menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru merangkumi kebolehan berkomunikasi
dengan orang lain, membawa idea- idea baru, membuat keputusan serta membuat kajian
serta berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model
yang menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membina hubungan
dengan setiap pelajar dan memandang mereka sebagai individu yang unik.
Di dalam Kamus Dewan (1996) juga
mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar adalah golongan orang
yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab, universiti. Pelajar juga adalah
sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran
secara formal samada di sekolah ataupun sekolah rendah. Guru dan pelajar
merupakan dua golongan yang tidak dapat dipisahkan dalam dunia pendidikan. Hubungan antara guru dan murid dilihat sangat
penting dalam menjamin keharmonian dan kesejahteraan generasi yang sedang
dibentuk.
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih
tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang
digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut
Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran
yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud
tugas dan tanggungjawab kerjaya sebagai guru. Dari kedua-dua pengertian
tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau
rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi
gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Guru. Aset masa depan
negara.
2.0 HUBUNGAN
GURU, IBU BAPA DAN MURID
Dunia yang semakin moden pada hari ini
semakin menghakis nilai dan kedudukan guru. Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa
ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru
dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banyak
kaitannya dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa
begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim salam.
Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika
dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka
mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh
berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta
merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak
kepada anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang
lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau calar-calar
pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul
periksa terlebih dahulu. Sepatutnya ibu bapa perlu berusaha mewujudkan hubungan
baik dengan guru demi memastikan anak- anak mereka mendapat ilmu yang
sebaiknya. Beberapa langkah boleh diambil dalam memastikan kejayaan usaha ini.
Jadikan interaksi yang pertama sesuatu yang positif. Jika ibu bapa menegur
dengan mesra semasa perjumpaan ibu bapa dan guru, guru akan lebih bersikap
terbuka apabila dia mengemukakan sesuatu
masalah di kemudian hari. Ibu bapa disaran agar tidak marah sebelum
mengetahui fakta-faktanya. Seorang murid yang paling dipercayai juga kadang
kala memutarbelitkan maklumat yang penting. Ibu bapa dan guru yang tahu
bahagian cerita yang berbeza boleh menyelesaikan isu itu dengan bertukar-tukar
maklumat. Ibu bapa perlu mengambil sikap tidak pijak kepala guru. Sebagai
seorang guru, mereka juga turut merasa marah apabila seorang ibu atau bapa
mengadu kepada pengetua mengenai kelas mereka. Berbincanglah dengan guru terlebih
dahulu, sebelum berjumpa dengan pengetua. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa
kebanyakan guru adalah sensitive. Mengajar adalah satu pekerjaan yang sangat
peribadi. Guru-guru adalah mereka yang
dibayar untuk bertanggungjawab terhadap pemikiran dan perasaan orang lain.
Berbincang dengan cara yang tidak menyinggung perasaan adalah penting.
Akhir sekali seorang guru yang baik akan
mengalu-alukan dialog dengan ibu bapa
kerana ia membolehkan mereka lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Ibu
bapa mempunyai hak untuk mendapatkan maklum balas daripada guru sekerap yang
boleh dan perlu diberitahu segera mengenai sesuatu masalah akademik. Seperti
juga dalam mana-mana perhubungan, komunikasi adalah kunci kepada sebuah
perhubungan antara ibu bapa dan guru.
Jelas di sini bahawa bukan murid sahaja yang dituntut menghormati guru, malah
ibu bapa kepada murid juga mesti berbuat demikian. Walaupun status sosioekonomi
dan kelayakan akademik ibu bapa mungkin melebihi guru, adab berkenaan masih
wajib dipatuhi. Ibu bapa berjaya melaksanakan tugas dan aktiviti mencari rezeki
dengan senang hati justeru anak-anak mereka berada dalam pengawasan kaum guru
dengan baik di sekolah.
Faktor perkembangan semasa juga mempengaruhi
pemikiran pelajar sekarang. Pada masa dahulu guru adalah satu-satunya sumber
ilmu berbanding zaman moden yang serba canggih ini. Pada masa sekarang
pelajar-pelajar boleh mendapat ilmu dari sumber-sumber lain. Ilmu boleh
diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari akhbar, televisyen dan terbaru
sekali ialah melalui internet. Jadi tidak hairanlah jika pada masa sekarang
pelajar-pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Sesetengah daripada
mereka pula berpendapat bahawa mereka lebih berpengetahuan daripada guru-guru.
Atas alasan inilah rasa hormat kepada guru-guru sekarang ini kian berkurangan.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam
masyarakat hari ini juga merupakan salah satu penyebabnya. Pada masa dahulu
guru adalah satu kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang
majlis dalam sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru
dahulu akan duduk di barisan hadapan serta memegang jawatan-jawatan penting
dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini tempat-tempat guru
pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh korporat, penghulu-penghulu
serta ahli-ahli politik. Inilah yang menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru
semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, malah tindakan guru sekarang yang
semakin kekurangan adab dan akhlak serta peribadi yang tinggi berbanding guru-
guru zaman dahulu menyebabkan mereka tidak lagi disanjung dan dihormati.
Semakin hari, semakin banyak laporan- laporan media samada media cetak dan
elektronik yang memaparkan kisah- kisah guru yang terlampau dan tidak langsung
menampilkan imej seorang guru. Antara masalah- masalah yang popular dalam
laporan akhbar melibatkan masalah etika guru antaranya, guru belasah pelajar,
guru mencabul pelajar, guru merogol pelajar dan sebagainya. Kadangkala, pelajar
dan ibubapa tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila guru tidak lagi dihormati
dan disangjung tinggi apabila guru sendiri yang menyebabkan masalah ini timbul.
Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang
mulia. Namun sekarang ini, ianya seolah-olah dipandang sebagai pilihan kedua.
Kedudukan guru di mata masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang
dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati
guru-guru.

TERTEKAN- Emosi
guru yang tertekan juga boleh menggugat hubungan dengan pelajar.

ASET- pelajar dan guru adalah aset masa depan negara. Jangan kerana
persengketaan, hubungan harmoni menjadi retak, sekali gus merugikan semua
pihak.
Guru acap kali dibandingkan umpama lilin,
membakar diri untuk kesejahteraan orang lain. Pengorbanan guru tidak ternilai.
Walaupun begitu, kebanyakan pelajar zaman sekarang tidak menghargai jasa guru.
Sebagai guru yang bertanggungjawab, biasanya tindakan akan diambil terhadap
pelajarnya andai mereka melakukan kesalahan supaya kesalahan yang sama tidak
diulangi. Malangnya sesetengah pelajar menganggap tindakan tersebut sebagai
satu bentuk penghinaan dan merendahkan maruah diri mereka dalam kalangan
pelajar lain.
Pada zaman dahulu, tindakan guru memukul
atau mendenda pelajar dianggap oleh pelajar sebagai tindakan untuk memperbaiki
kesalahannya atau untuk mendidik diri ke arah kebaikan. Namun kini, jika guru
berbuat demikian pelajar akan meninggikan suara untuk menentang guru tersebut.
Malah, ada yang tergamak untuk bertindak agresif dengan memukul guru. Perbuatan
ini dianggap terkutuk dan pelajar ini terjerumus ke kancah hidup yang tidak
bermoral. Malah ada golongan pelajar yang menjadikan guru sebagai sasaran
melepaskan dendam. Pelajar- pelajar ini menconteng, mencalar dan merosakkan
kereta guru. Mereka juga melakukan apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas
hati termasuklah mengugut dan mencederakan guru.
Guru
memberikan limu dan tunjuk ajar untuk mencapai kejayaan. Ilmu sangat penting
kepada manusia. Peribahasa berbunyi, "Hina besi kerana karat, hina manusia
kerana tiada berilmu". Peranan guru amat penting dalam mengubah corak
hidup dan cara berfikir pelajar. Oleh itu, pelajar wajib menghormati guru untuk
mendapat ilmu yang berkat.
Satu daripada adab belajar yang paling asas
ialah menghormati guru. Hubungan yang harmonis antara murid dengan guru akan
menjamin proses pemerolehan ilmu yang benar, berguna dan berkat. Guru akan
berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana
guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru
juga mendidik kita supaya menjadi orang
yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong
terhadap guru.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan
cara menyiapkan kerja sekolah mereka.. Mereka mesti menghantar kerja
sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Dengan ini
pelajar dapat membuat pembetulan. Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara
berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan
mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah.
Sebagai contoh,mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam
gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh
itu,jadilah pelajar yang berdisiplin.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang
kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke
bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan
hari guru pada 16 Mei.
Selain itu, pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru.
Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika
guru sakit, pelajar hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa
gembira dan bangga terhadap pelajarnya. Guru
yang mengajar dengan penuh hikmah adalah guru yang mempunyai kesefahamah yang
jitu. Mereka yang mempunyai kesefahamah yang jitu antara satu sama lain akan
berasa diri mereka disayangi dan dikasihi.Apabila setiap insan berasa disayangi
dan dikasihi di dalam sebuah komuniti maka mereka akan bertindak dengan penuh
ikhlas dan berdedikasi.
Selain tips membina hubungan pelajar dan
guru tersebut, ada beberapa langkah lain yang lebih spesifik dalam membaiki dan
mengukuhkan hubungan kedua belah pihak ini. Sikap toleransi boleh didefinisikan
sebagai sikap sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang
lain yang berbeza daripada pendirian sendiri. Saling mengamalkan sikap
toleransi juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan hubungan baik antara
guru dan pelajar. Guru-guru dan pelajar harus saling bertimbang rasa. Guru-guru
dan pelajar juga harus menggunakan intonasi yang sesuai dan saling memahami
tanggungjawab masing-masing. Guru yang berwibawa dan berkarisma tinggi perlulah
memulakannya dengan seikhlas hati. Dalam konteks untuk menimbulkan keikhlasan
hati, guru perlulah merenung kembali akan tujuannya menjadi seorang pendidik
nusa. Dengan cara sebegini, hubungan guru dan pelajar akan dapat diperkukuh dan
dieratkan untuk menjamin kejayaan aspirasi sekolah.
Guru-guru dan pelajar juga harus saling hormat
meghormati dan sayang-menyayangi. Guru-guru dan pelajar boleh memberi salam dan
bertanya khabar. Guru harus bersikap kasih sayang terhadap pelajar dan
berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar boleh diajar dan mahu belajar
mengutamakan nilai-nilai kemanusian serta menghormati harga diri pelajar
sebagai individu. Seorang pujangga bernama William A. Wart pernah berkata
‘’Kegagalan terbesar adalah kegagalan untuk mencuba.’’ Dengan itu, guru harus
sentiasa mendorong para pelajar untuk terus mencuba untuk belajar dan berjaya
dalam bidang akademik. Kedua-dua guru dan pelajar tidak patut melafazkan
kata-kata yang kesat dan yang menyinggungkan. Para pelajar juga perlu memberi
peluang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.
Guru dan pelajar perlu menanamkan semangat muhibah dalam diri
masing-masing seperti sikap tolong menolong, bantu memebantu dan faham
memahami. Objektif ini boleh dicapai sekiranya pihak Sequoyah sanggup
mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mengangjurkan aktiviti-aktiviti yang
dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah seperti riadah, hari keluarga, projek amal, lawatan dan
jamuan.Dengan semua kegiatan ini, guru akan dapat bergerak dengan lebih yakin
tanpa menoleh ke belakang untuk terus-terusan menempa kejayaan dalam dunia pendidikan. Hakikatatnya, kita mempunyai
banyak idea untuk dilaksanakan tetapi sesuatu yang paling mustahak ialah
memulakan sesuatu.Bak kata punjangga,”perkara yang palling sukar untuk
dilakukan ialah memulakan sesuatu.’’
Dengan mengadakan kegiatan kemasyarakan juga boleh mempertingkatkan
hubungan baik antara guru dan pelajar. Kegiatan kemasyarakatan yang boleh
dijalankkan adalah seperti mengumpul dana, mangumpulkan suratkhabar dan
membersihkan rumah-rumah tumpangan anak-anak yatim dan rumah-rumah tumpangan
orang tua. Dengan melakukan kegiatan-kegiatan sebegini pelajar juga boleh
mempelajari tentang nilai-nilai murni. Pelajar-pelajar juga mungkin akan lebih
menghargai ibu bapa mereka yang merupakan khalifah yang telah dititahkan oleh
Allah s.w.t untuk mendidik, membimbing dan membesarkan mereka. Nilai-nilai
murni yang akan dipelajari mereka tidak boleh dibeli dengan wang. Begitu juga
dengan waktu yang mereka habiskan bersama guru-guru mereka untuk membuat kerja-kerja kebajikan.
3.0 KESIMPULAN
Bagi pelajar dan ibu bapa, hargailah
pengorbanan guru serta elakkan suasana yang boleh mencetuskan ketegangan dalam
hubungan antara guru, murid dan masyarakat. Sikap menghormati guru dapat
mengeratkan hubungan guru, murid, ibu bapa dan masyarakat. Justeru apabila guru
sudah berusaha sedaya mungkin menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas, pelajar
pula perlu ikhlas menuntut ilmu kerana dengan cara itu akan memudahkan proses
pembelajaran. Guru teruskan perjuangan menabur ilmu dan anak murid berusaha
menimba pengetahuan di bawah bimbingan guru sementara ibu bapa hendaklah
memantau perkembangan pendidikan. Apabila semua berfungsi dengan baik, cabaran
mendepani sistem pendidikan akan dapat diatasi.
Hakikatnya
guru tidak meminta wang ringgit dan harta sebagai balasan. Cukuplah setiap
pelajar menghormati dan mengenang jasa mereka yang telah mengorbankan masa,
tenaga dan wang ringgit mendidik para pelajar. Hubungan antara guru dan murid
perlu sentiasa disuburkan dengan kemesraan supaya wujud kasih sayang antara
kedua- dua belah pihak. Adalah penting mewujudkan hubungan yang harmoni antara
guru, murid dan ibu bapa demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan seluruh
generasi. Apabila ketiga- tiga pihak ini dapat bersatu dengan baik, ketamadunan
negara dan masyarakat akan terpelihara.
4.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan
kerana dengan rahmatNya saya telah dperkuatkan dan diperilhamkan untuk
menyiapkan tugasan Asas Kepimpinan dan Profesionalisme (EDU 3108). Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Guan Teik Lee selaku pensyarah subjek
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini mengkehendaki saya untuk
memilih mana- mana artikel daripada laman- laman web rasmi yang berkaitan
dengan isu guru atau keguruan seterusnya mengulas dan menganalisis artikel
tersebut berdasarkan rujukan- rujukan ilmiah. Melalui tugasan ini, saya telah
menimba ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan dengan artikel yang saya pilih
iaitu isu semasa guru. Artikel yang dibaca dengan terperinci ini menimbulkan
kesedaran dan keinsafan kepada saya tentang nilai dan kedudukan guru di zaman
yang serba moden ini. Artikel ini telah membuka mata saya serta memberi ruang
dan peluang untuk saya berfikir dan memuhasabah diri tentang peranan dan
tanggungjawab sebenar yang perlu dipegang oleh guru.
Semasa saya mengulas dan menganalisis
artikel ini, saya turut membuat pembacaan di beberapa artikel dan rujukan
bacaan lain yang berkaitan supaya pandangan dan perspektif saya dipandu oleh
rujukan- rujukan ilmiah. Saya juga berusaha mencari idea- idea baru yang segar
dalam melontarkan pandangan dan perspektif saya terhadap isu ini.
Harapan saya semoga ulasan dan analisis yang
telah dilakukan boleh dijadikan rujukan dan panduan banyak pihak terhadap isu
ini. Selain itu, saya mengharapkan ulasan dan analisis artikel ini juga dapat
memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelbagai pihak terutamanya diri saya
sendiri supaya tidak lagi terus berpeluk tubuh dengan masalah yang berlaku
sebaliknya mempersiapkan diri untuk melakukan sesuatu perubahan dalam membantu
mengatasi masalah ini setelah bergelar sebagai guru terlatih kelak.
5.0 RUJUKAN
No comments:
Post a Comment