Ahad, 1 Mei 2011
Makin maju, makin ramai guru di Malaysia sakit jiwa
"

Artikel saya sebelum ini; “Ramai sangat ke guru sakit jiwa, apa sudah jadi sekolah kita” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/ramai-sangat-ke-guru-sakit-jiwa-apa.html
Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA
LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru
sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak
diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya,
Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan
diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan
waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun
kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada
sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir
ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam
aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan
kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang
buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini
semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian
diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima
surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.
No comments:
Post a Comment