Total Pageviews

pencinta ilmu. Powered by Blogger.

Monday, 27 August 2012

ulasan artikel 1 : guru sakit jiwa semakin meningkat.


Ulasan bagi artikel Isu guru semakin ramai sakit jiwa.
by : siti safina binti shuhaimi

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.
Description: http://patofisiologi.files.wordpress.com/2010/12/depresi.jpg
Rajah 1 : Terkanan yang terlampau di tempat kerja

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ...
(Maksud Al-Qur' an 11 :29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Guru mempunyai banyak tangungjawab baik dari aspek perkembangan murid, dari aspek sekolah, bagi masyarakat setempat untuk bangsa dan Negara, pendek kata tugas guru bukan hanya disekolah namun seorang guru ibarat satu tugas seorang perancang dunia kerana gurulah yang melahirkan seorang pentadbir, gurulah jua yang melahirkan seorang arkited yang Berjaya membina bangunan mencakar langit, gurulah yang mendidik seorang peguam untuk menang bicara dan boleh dikatakan bahawa tugas seorang guru lebih dari sekadar pendidik. Tidak cukup dengan itu beban guru meningkat dengan usaha dan dasar-dasar yang bertukar ganti demi melahirkan generasi yang berminda kelas pertama. Dasar diubah dan pelaksananya adalah guru, cabaran globalisasi pendidikan yang semakin meluas meningkatkan lagi beban tugas guru ini meningkatkan lebih ramai guru menghadapi penyakit jiwa. Tugas guru bukan lagi hanya masuk ke kelas namun cabaran semakin meningkat sehari demi sehari menyebabkan guru semakin tertekan dan ini menyebabkan penembahan jumlah guru di wad sakit jiwa ini telah dibuktikan melalui Statistik yang menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental adalah merupakan satu angka yang amat membimbangkan. Ini bermakna hampir 3.5 juta rakyat kita menghadapi masalah mental. Pelajar seawal usia 12 tahun telah dikesan menghadapi masalah mental.

Terdapat juga beberapa kes yang melibatkan guru sakit jiwa akibat bebanan kerja yang terlampau antaranya ialah

GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.  

BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURUUtusan Malaysia
2 Mac 2011

KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan. 

Daripada beberapa kes tersebut dan daripada isu yang saya pilih iaitu guru sakit mental semakin meningkat bukan sahaja membahayakan guru tersebut ia juga boleh membahayakan murid dan warga sekolah tersebut, sewajarnya guru menjadi teladan yang baik dan akibat bebanan yang terlampau sebagai seorang manusia biasa yang juga mempunyai masalah peribadi sendiri dengan badan yang letih boleh mengakibatkan stress yang terlampau yang boleh membawa kepada tekanan jiwa. Oleh itu tidak heranlah jika saya katakan bahawa kebanyakkan penghuni di hospital gila ialah guru dan ini memberikan banyak kerisauan kepada pihak kementerian kerana seorang guru adalah harta Negara yang tidak ternilai.

Saya juga telah menyenaraikan beberapa tugas guru yang wajib dilakukan guru secara rutin.


1.    Menulis rancangan mengajar
2.    Menanda kedatangan murid/pelajar
3.    Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4.    Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5.    Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6.    Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7.    Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
8.    Menghantar murid ke Klinik
9.     Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
11.  Mengisi markah ujian/ peperiksaan
12. Mengisi data murid SMM
13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
14. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
15.  Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
16.  Mengecat sekolah
17.  Membersihkan bilik / stor / bilik khas
18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
19. Menyiapkan program Head Counting
20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
22.  Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
23.  Mengendali masalah / kebajikan murid
24.  Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dan sebagainya)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
Description: http://andasihat.com/wp-content/uploads/et_temp/tekanan-1-25040_200x200.jpg
Rajah 2 : beban tugas guru yang menyebabkan terkanan jiwa
Senarai tugasan ini hanyalah tugas biasa yang dilakukan oleh seorang guru tetapi ini tidak termasuk dengan masalah sendiri yang perlu ditangung, maslah disiplin murid juga semakin meningkat dengan ditambah dengan karenah ibu bapa yang terlalu mendesak menyebabkan guru semakin tertekan.
seterusnya, adalah lebih mudah jika kita mengetahui apa itu terkanan dan cara rawatannya untuk mengelak daripada penyakit merbahaya ini semakin menular dalam kerjaya seorang guru.
Stress: Tekanan Mental
Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.
Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial.
Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan mental,adakah ia boleh berlaku kepada setiap individu dan bagimana rawatannya. Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.

Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:
Perubahan dari aspek perasaan
  • Merasa bimbang
  • Merasa cepat marah
  • Merasa lemah semangat
  • Merasa tidak tenteram
  • Merasa gelisah
  • Bimbang terhadap masa hadapan
  • Kurang daya tumpuan
  • Menjadi mudah lupa
  • Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
  • Takut gagal
  • Rendah harga diri
Perubahan dari aspek tingkah laku juga boleh dilihat bagi individu yang mengalami terkanan yang terlampau
  • Tabiat merokok yang meningkat
  • Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mengurangkan masalah
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan
  • Mudah cuai dan sering terlibat dalam kemalangan
  • Mudah terkejut
  • Bertindak secara impulsif dan agresif
Terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada fizikal individu yang mengalami terkanan yang terlampau antaranya ialah
  • Berpeluh pada tangan dan badan
  • Sering rasa dada berdebar
  • Mengeletar kering mulut dan kerongkong
  • Mudah merasa letih
  • Kerap kencing
  • Sukar untuk tidur
  • Masalah penghadaman seperti loya, muntah, cirit-birit, sembelit
  • Sakit kepala dan leher, sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit

Punca utama terkanan boleh berlaku daripada pelbagai faktor bergantung kepada daya tahan individu dan selalunya ia akibat daripada perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa Peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

Cara untuk mengurangi tekanan mental yang dialami ada pelbagai cara mengikut keperluan individu dan Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental anda:
  • Makan makanan seimbang setiap hari
  • Bersenam atau riadah secara kerap
  • Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
  • Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
  • Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
  • Selalu berpandangan positif dan fokus kepada sifat-sifat baik anda
  • Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri
  • Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
  • Mengamalkan teknik relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
  • Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi

Secara kesimpulannya, terkanan mental boleh berlaku kepada semua individu. Oleh itu cara yang paling mudah untuk mengelak daripada terkanan ini berlaku ialah dengan menjadikan tugasan atau bebanan yang ditangung sebagai satu ibadah dan berseronoklah dalam melakukannya. Pendek kata jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kita akan mendapat lebih banyak kebaikannya kelak.







No comments:

Post a Comment