by : Prabhu a/l ragawan
Pada masa kini, bidang keguruan telah menjadi kegilaan ramai. Dalam erti katalain, pekerjaan guru kini menjadi minat kepada ramai golongan muda di Malaysia. Ini ternyata jelas menerusi peningkatan bilangan pelajar lepasan SPM yang memohon masuk ke Institut Pendidikan Guru. Bilangan ini kian meningkat setiap tahun sehingga mengakibatkan kesukaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memilih bakal guru yang sememangnya layak dan berkebolehan. Apatah lagi terdapat juga pelajar lepasan SPM yang sanggup menolak tawaran JPA semata-mata untuk mendapatkan tempat di Institut Pendidikan Guru.
Pada masa kini, bidang keguruan telah menjadi kegilaan ramai. Dalam erti katalain, pekerjaan guru kini menjadi minat kepada ramai golongan muda di Malaysia. Ini ternyata jelas menerusi peningkatan bilangan pelajar lepasan SPM yang memohon masuk ke Institut Pendidikan Guru. Bilangan ini kian meningkat setiap tahun sehingga mengakibatkan kesukaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memilih bakal guru yang sememangnya layak dan berkebolehan. Apatah lagi terdapat juga pelajar lepasan SPM yang sanggup menolak tawaran JPA semata-mata untuk mendapatkan tempat di Institut Pendidikan Guru.
Meskipun peningkatan minat terhadap
kerjaya sebagai guru kian meningkat, namun ianya menimbulkan beberapa persoalan
yang perlu diberi perhatian. Secara umumnya, Institut Pendidikan Guru
menawarkan kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan memberikan elaun
kepada semua pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat tawaran. Ini bermakna,
pelajar bergelar mahasiswa ini tidak perlu membayar semula elaun yang diberi sepanjang
tempoh menuntut di Institut Pendidikan Guru. Ianya berbeza dengan mahasiswa
dari Universiti yang perlu membayar semula pinjaman yang diberikan sepanjang
tempoh menuntut di Universiti. Selain itu, mahasiswa lepasan Institut
Pendidikan Guru juga telah dijamin penempatan untuk berkhidmat sebagai guru
sebaik sahaja tamat kursus pengajian. Ianya juga berbeza dengan mahasiswa
lepasan Universiti yang perlu mencari kerja sebaik sahaja tamat kursus
pengajian mereka.
Menerusi
artikel yang telah dibaca, saya berpendapat bahawa profesion guru kini telah
menjadi satu bidang kerjaya yang menjadi tarikan ramai pelajar berikutan dengan
keselesaan yang ditawarkan sepanjang kursus tersebut. Tujuan Kementerian
Pelajaran Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada pelajar Institut
Pendidikan Guru bukan hanya melahirkan bakal guru yang berkualiti malah untuk
membantu dalam membentuk nilai manusia yang terpuji. Namun, suasana yang wujud
pada masa kini telah berubah sama sekali. Masing-masing hanya mengejar
keselesaan yang diperolehi menerusi kerjaya sebagai guru. Keselesaan yang
dimaksudkan adalah dari segi gaji bulanan yang tetap, imbuhan, elaun tambahan
dan juga bantuan pinjaman perumahan yang penuh.
Persoalan
yang wujud kini iaitu mengapakah ramai bertanggapan bahawa bidang guru hanya
menjadi sebagai satu kerjaya dan bukannya disebabkan keikhlasan. Guru adalah
individu yang melahirkan insan yang bergelar doktor, jurutera dan juga menteri.
Sekiranya seorang guru itu hanya menganggap profesion perguruan itu sebagai kerjaya,
maka sudah tentu mereka tidak akan mencapai kepuasan. Kepuasan yang dimaksudkan
ini adalah satu pencapaian yang menujukkan keikhlasan terhadap kerjaya yang
dimiliki.
Tambahan
lagi, saya juga amat kagum terhadap golongan guru yang bertungkus lumus dalam
mendidik anak murid masing-masing. Didikan secara ikhlas hanya akan wujud
apabila seorang guru itu tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap didikan
yang diberi. Keikhlasan ini akan membantu dalam kejayaan murid berkenaan dalam
mencapai kejayaan yang cemerlang hasil didikan guru yang ikhlas. Kejayaan murid
menunjukkan kepuasan guru tersebut dalam memberi didikan yang sempurna kepada
mereka.
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah merancang pelbagai kursus yang bermanfaat kepada guru.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk membantu dalam mewujudkan kesedaran
dalam diri guru-guru terhadap keikhlasan mendidik anak murid untuk menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan. Namun, setakat manakah keberkesanan dasar
ini mewujudkan keikhlasan dalam diri guru-guru pada masa kini.
Keikhlasan
seorang guru dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Didikan seorang guru tidak
semestinya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
malah juga di luar bilik darjah. Sepertimana yang dikatakan, guru memainkan
peranan dalam membentuk insan yang berpekerti mulia untuk bergaul mesra dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Didikan ikhlas penting dimulakan sewaktu
murid-murid berada di bangku sekolah rendah. Pengajaran yang ikhlas yang
dilaksanakan menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan
murid-murid memahami ilmu yang disampaikan dengan lebih jelas. Kejayaan dalam
bidang akademik sebegini akan membolehkan guru mencapai kepuasaan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Hal
ini berbeza dengan sesi pengajaran di luar bilik darjah iaitu aktiviti sukan
dan permainan. Keikhlasan penyampaian ilmu adalah amat penting untuk
membolehkan ilmu yang disampaikan itu jelas dan diberkati. Keikhlasan ini bukan
hanya ditunjukan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, malah turut ditunjukkan dalam pengajaran di luar bilik darjah. Didikan
luar bilik darjah yang dimaksudkan adalah pengajaran berbentuk sukan dan
permainan ataupun unit beruniform. Hal ini amat penting kerana ia melibatkan
kesediaan guru dalam mengorbankan masa untuk pencapaian cemerlang anak murid
masing-masing. Lebih-lebih lagi, guru yang sedia mengadakan sesi latihan untuk
latihan pasukan sekolah yang memerlukan guru mengorbankan masa demi anak murid
masing-masing.
Tambahan lagi, peranan dan
tanggugjawab sebagai seorang guru sememangnya mulia dan tidak ternilai
harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak dapat
disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah disebabkan pengorbanan dan
perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di
masa hadapan. Dalam erti kata lain, satu bangsa, satu Malaysia. Pendidikan
merupakan alat yang sangat penting dalam melahirkan modal insan untuk
menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan. Falsafah
pendidikan adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Bagi merealisasikan falsafah ini, setiap insan
memerlukan satu usaha yang menyeluruh. Apatah lagi kerjaya sebagai seorang
pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.
Tanggungjawab guru
bukan semata-mata sebagai pengajar. Pendidik merupakan insan yang membawa erti
yang luas berbanding pengajar. Pengajar pula merupakan insan yang lebih
menjurus kepada individu yang bergelar guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan
kepada anak didiknya. Namun, konsep
pendidik bukanlah hanya mengajarkan sesuatu ilmu tetapi turut berperanan dalam
mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya. Ini adalah penting
dalam menghayati dan mengamalkan perkara yang telah dipelajari.
Guru yang memiliki
sifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu yang disampaikan dihayati untuk
mweujudkan keperabadian dan tabiat anak didiknya yang mulia. Oleh yang
sedemikian, peranan sebagai pengajar berada dalam fikiran namun peranan sebagai
pendidik pula telah tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar guru.
Menerusi pemahaman peranan ini, guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema
hari guru pada setiap tahun yang dicipta khas dan bersesuaian dengan masyarakat
pada masa kini.
Keikhlasan guru adalah
menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Seperti yang telah saya katakan,
setiap guru perlu memiliki sikap sedia bekorban untuk memastikan urusan dan
tanggungjawabnya terhadap murid dilaksanakan. Semua murid disekolah adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk
melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan
kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri murid-murid yang kini semakin
terhakis.
Namun sejak kebelakangan ini,
pelbagai perspektif negative terhadap guru telah dilontarkan. Apatah lagi ianya
terpapar jelas di depan muka akhbar yang menyiarkan guru merotan murid sampai
luka, guru sepak pipi murid dan guru berkata lucah kepada murid. Segala isu
yang timbul ini boleh diibaratkan sebagai cebisan yang mencemarkan nama baik
profesion keguruan jika dibandingkan dengan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh
guru dalam melahirkan banyak pemimpin, doktor dan peguam.
Segala kejadian ini
menunjukkan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin meningkat. Apatah lagi,
dunia kini telah berubah menjadi dunia tanpa sempadan dengan teknologi yang ada
semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan mampu menurunkan
ilmu berkenaan kepada anak didik mereka. Ini akan membolehkan mereka untuk
tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak
murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah
dibentuk dengan acuan yang sepatutnya. Saya memang tidak menafikan pembaharuan
yang dibawa oleh guru di Malaysia kerana ianya amat besar. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga
dengan status Malaysia yang berada di persada. Namun kejayaan besar yang kita
kecapi selama ini, semuanya adalah berkat
seorang insan yang bernama guru. Guru merupakan insan yang tidak
mengenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa
pada masa hadapan.
Guru merupakan pembentuk
suasana dan juga masyarakat serta kejayaan untuk negara. Seterusnya, ramai
yang sering memperkatakan tentang erti
keikhlasan seorang guru. Selain itu, ada juga yang sering mempertikaikan keikhlasan seseorang guru.
Apatah lagi apabila terdapat beberapa golongan yang mendakwa tindakannya itu
dibuat secara ikhlas. Namun, adakah setiap insan memahami erti ikhlas yang
sebenarnya. Setiap manusia di dunia pada masa kini terlalu kurang keikhlasan.
Adakah sebagai guru, kita memliki
keikhlasan dalam mengajar, mendidik dan berniaga.
Pada masa yang sama, timbul
satu persoalan tentang keikhlasan. Adakah kita sebagai manusia sukar dan tidak
mudah mencapai keikhlasan manakala bagi mereka yang benar-benar mendalami erti
perguruan, berjaya mencapai keikhlasan dalam profesion perguruan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara ikhlas. Setiap daripada kita mudah untuk
melafazkan kata ikhlas dan mudah juga untuk cuba menyakinkan diri sendiri
bahawa kita ikhlas dalam perjuangan sebagai seorang guru, namun sejauh manakah
keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai guru dalam mendidik
anak bangsa untuk membentuk pelapis negara yang utuh.
Selain
itu ,terdapat juga beberapa pihak yang mengatakan bahawa ketidakikhlasan
seorang guru itu dapat dilihat dengan jelas menerusi tanda-tanda pada mulut
seperti tutur katannya.dan juga tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan
melalui memek wajah dan pergerakannya. Ianya penting kerana dapat meneliti dan
memperbaiki diri sendiri dan bukannya ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan.
Pada
pendapat saya, tugas, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti yang terletak di
bahu seorang guru bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik
dan jayanya. Lebih-lebih lagi, guru perlu menyampaikan ilmu berpandukan
falsafah pendidikan negara di mana guru merupakan insan yang mampu melahirkan
anak murid dan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan
intelek. Dalam era menuju ke alam dewasa ini
setiap manusia sering dikejutkan dengan cerita dan khabar angin yang
negatif tentang masalah guru-guru seperti masalah sosial, jenayah seksual
dan juga penyalahgunaan dadah. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini,
segala maklumat negatif yang tidak sahih sering menjadikan kerjaya sebagai
seorang guru tidak lagi dihormati dan disanjung tinggi seperti dahulu. Pada
pendapat saya, seorang guru bukannya mahukan sanjungan tetapi keikhlasan, Itu
amat penting bagi seorang guru dalam mendidik anak bangsa agar guru itu
dianggap sebagai lilin yang mengorbankan diri untuk kejayaan anak murid.
Bagi
saya, akar umbinya bermula dari guru itu sendiri. Guru merupakan pembentuk
kepada tiang yang utuh bagi memastikan anak murid masing-masing berjaya.
Persoalannya, sejauh manakah keikhlasan seorang guru apabila menjadikan
profesion perguruan sebagai pilihan pekerjaan kedua atau pilihan terakhir. Untuk
itu, adalah penting untuk kita menjadikan profesion guru sebagai pilihan yang pertama
.Segala-galanya haruslah menjadi keutamaan. Sebagai contoh, pertama dalam
mengajar, pertama menyentuh hati pelajar, pertama di hati pelajar, pertama
menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.”
Selain itu, salah satu pertanyaan
yang sering menganggu sanubari adalah apabila wujudnya golongan yang selalu
melakukan provokasi berkenaan dengan keikhlasan seorang guru dalam menyampaikan
ilmu kepada anak murid. Persoalannya adalah guru yang memilih kerjaya ini
berdasarkan gaji yang diperoleh. Namun, saya tidak ingin untuk bertanyakan
tentang pilihan cita-cita dan sebab
untuk menjadi seorang guru tetapi, saya ingin mengetengahkan kesungguhan
untuk menjadi seorang guru. Kesungguhan yang dimaksudkan adalah termasuk
keikhlasan dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang guru. Keikhlasan
sememangnya tidak berkaitan dengan gaji yang diterima meskipun wang ringgit
merupakan salah satu keperluan dalam hidup.
Jelas terlihat kebiasaannya seorang guru akan memenuhi jumlah jam
kerja, hadir setiap hari, tepat waktu hadir, tepat waktu pulang, sesuai dengan
jadual mengajar, padahal keadaan sedemikian hanyalah menunjukkan pengertian
disiplin internal dan ianya masih belum mencapai keikhlasan. Untuk
itu, apabila memilih untuk menjadi pendidik, setiap
guru wajib mendalami isi hati masing-masing supaya mereka dapat
membandingbezakan antara keikhlasan dan juga keinginan. Hal ini berbeza pula
dengan keikhlasan guru dalam mendekati anak murid masing-masing. Pendekatan
secara ikhlas ini penting untuk guru mengenalpasti perkembangan masalah sosial
yang kian meruncing sekarang yang kebanyakkanya berpunca daripada pengaruh
rakan sebaya disekeliling mereka.
Tambahan lagi,
guru perlu bijak dalam menyesuaikan diri dengan setiap anak didiknya. Sebenarnya,
mendidik seseorang murid itu bukan hanya berasaskan nafsu semata-mata dan tidak mempunyai perasaan dendam kerana setiap
murid perlu didekati secara psikologi dengan ikhlas. Seorang guru perlu juga
ikhlas menghormati dan menganggap anak muridnya seperti anak atau adik mereka
sendiri. Di sini perlu wujudnya keikhlasan dalam memberi tumpuan dan didikan
supaya anak didik mereka berjaya melakukan perubahan besar dalam hidup.
Cabaran besar
sememangya menanti warga pendidik dalam bersama-sama berusaha mewujudkan jurang
yang lebih rapat antara guru dengan pelajar supaya mereka dapat merasakan
wujudnya hubungan akrab yang terjalin antara mereka. Bagi murid-murid yang degil, guru perlu menggunakan kesempatan
dan kemahiran mereka berhubung secara ikhlas dengan lebih kerap, Keakraban ini
akan membolehkan terjalinnya hubungan mesra yang ikhlas antara guru dengan
murid yang memberi peluang kepada murid untuk berkongsi masalah bersama guru
masing-masing. Murid yang perlu didekati sudah tentu dikenalpasti oleh guru itu
sendiri dimana guru sedar murid yang bermasalah biasanya datang daripada
keluarga yang bermasalah.
Guru juga
disarankan untuk tidak mengambil keputusan secara terburu-buru meskipun ikhlas
dalam membantu pelajar sebegitu. Ini adalah berikutan murid bermasalah tidak
suka dipaksa, maka langkah terbaik buat mereka adalah beri mereka peluang dan
masa untuk berubah.
Untuk itu, saya
berpendapat bahawa setiap orang perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan guru
atas keikhlasan mereka terhadap anak murid mereka walaupun mereka tidak lagi
mengajar. Ini penting kerana setiap kejayaan yang kita kecapi hari ini sudah
pasti berpunca daripada didikan yang dicurahkan secara ikhlas kepada kita.
Haruslah disedari agar jangan berasa bangga dan sombong dengan apa yang kita miliki sekarang kerana ianya
adalah keberkatan dan keikhlasan seorang guru. Seperti yang sedia maklum, cikgu merupakan insan yang cemerlang dan
unggul. Pada pandangan saya, perkataan cikgu itu sendiri membawa pelbagai erti
yang harus kita semua dalami. Cikgu adalah bersamaan dengan cemerlang insan
kerana guru unggul.
C = Cemerlang
I = Insan
K = Kerana
G = Guru
U = Unggul
Erti yang mendalam ini menjelaskan
bahawa tugas tugas seorang pendidik bukan hanya mengajar dan mengambil gaji
apabila cukup bulan, tetapi perkara yang paling utama dalam menjadi seorang
guru atau pendidik adalah keikhlasan. Dalam erti kata lain, asalkan ikhlas,
semuanya diberkati. Keikhlasan ini juga turut dikaitkan dengan kepuasan seorang
cikgu apabila anak muridnya mendapat ilmu yang disampaikan. Apatah lagi guru
akan menjadi amat gembira dan puas hati melihat anak muridnya telah berjaya
dalam hidup. Jika guru hanya mengajar semata-mata untuk mendapatkan gaji,
mungkin guru berkenaan tidak akan mendapat kepuasan tersebut sebaliknya hanya
mendapat tekanan.
Oleh yang sedemikian, saya
berharap agar tiada individu yang akan mempertikaikan keikhlasan seseorang guru. Ini penting
sebagai peringatan dimana tugas guru dahulu dan kini adalah sama sahaja. Tugas
yang dimaksudkan adalah dalam melaksanakan sesi pengajaran dan mendidik anak
murid menjadi insan yang mulia. Apatah lagi dengan berkelayakan ijazah ,
guru-guru pada masa kini sedia berkongsi pejabat dengan puluhan guru-guru yang
lain dengan berkongsi kipas sambil mengetip kertas saban hari. Rutin hidup ini
tidak pernah dijemui oleh mana-mana guru kerana keikhlasan mereka untuk
melaksanakan tugasan sebegini. Tambahan lagi, guru-guru juga sedia berkorban
masa bukan sahaja untuk anak murid malah untuk perkembangan maju sekolah
seperti menghadiri kursus di luar sekolah, melayan karenah ibu-bapa murid,
menghadiri pelbagai mesyuarat dan sedia menyertai sebarang program anjuran JPN.
Meskipun kenaikan pangkat dan gaji dalam sector awan adalah perlahan, namun
sikap penyabar dalam menunggu menunjukkan keikhlasan setiap guru menyampaikan
ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Untuk itu, moga tuhan membalas
jasa-jasa guru dengan memberkati hidup mereka.
Akhir sekali, ingin saya
ulaskan bahawa setiap insan yang bergelar guru wajar menganggap profesion guru
itu sebagai satu profesion yang mulia. Guru adalah pembentuk masyarakat yang
berjaya. Maka, tanggapan guru hanya sebagai kerjaya akan mengakibatkan
seseorang guru berkenaan tidak akan dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara ikhlas.
Tugasan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan membolehkan insan yang bergelar
guru ini berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah dilaksanakan. Sememangnya
guru berkenaan akan lebih bangga dan berpuas hati apabila melihat anak muridnya
mencapai kejayaan sepertimana yang diharapkan. Tanpa guru, sudah tentu tidak
terbentuknya insan yang bergelar doktor dan juga doktor. Anak murid yang tiada
bimbingan dan didikan guru diibaratkan ,” Anak ayam kehilangan ibunya”. Akhir kata, guru adalah segala-galanya kepada
setiap murid sejak mereka dibangku sekolah rendah.
nie mesti wan punye atikel kan?
ReplyDeletexla.. prabhu..hahhaa
ReplyDelete